Tuesday 11 March 2014

HARI TANPA BEG PLASTIK!




" Encik, hari ni tiada beg plastik" selalu kan kita mendengar ayat ini terutamanya ketika membeli belah pada hari sabtu atau ahad! Kenapa kerajaan malaysia mengadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik? 
Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke  Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini  kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.

Hari Tanpa Beg Plastik un
tuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.

Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.



Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.


Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang  menyebabkan banjir, dan merosakkan  kesuburan tanah.


Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.



Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.


Untuk menghasilkan beg  plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.
Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing. 

Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.
Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China  telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.


SAYANGI BUMI KITA, KURANGKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK! 










Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan


Bagi memelihara dan memulihara hutan dan hidupan liar,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi hidupan liar di Negara kita.
Taman Negara terdiri daripada Taman Negara Pahang,Taman Negara Bako,Taman Negara Niah,Taman Negara Similajau,Taman Negara Kinabalu,Taman Negara Mulu dan Taman Negara Crocker.
Hutan Simpan terdiri daripada Hutan Simpan Endau-Rompin,Hutan Belom.Taman Laut terdiri daripada Taman Tunku Abdul Rahman,Taman Pulau Tiga dan banyak lagi.Tempat Perlindungan Hidupan Liar juga terdiri daripada Hutan Simpan Endau-Rompin dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Lanjak Entimau.

Langkah-langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Flora Dan Fauna:
1.Penghutanan semula.
2.Mewartakan Hutan Simpan,Taman Negara dan Hutan Lipur.
3.Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan memburu binatang.
4.Penebangan terpilih.
5.Menguatkuasakan undang-undang.
6.Kempen kesedaran.
7.Rawatan silvikultur
8.Penyelidikan untuk menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi.

Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah


1.   Mewartakan hutan simpan 
      ~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.



2.   Mewujudkan taman negara 
      ~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).

3.  Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
     ~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.  
     ~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan  kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.

4.  Pendidikan Alam Sekitar
     ~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.  


5.  Kempen Alam Sekitar 
     ~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.

    

Monday 10 March 2014

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang

Kitar Semula... Demi Kesejahteraan Hidup

Anda patut berbangga kerana anda berjaya mengurangkan pencemaran akibat dari pertambahan bahan buangan di tapak pelupusan sisa pepejal. Anda berjaya melambatkan kemusnahan alam dan penggunaan tidak terkawal sumber semulajadi. Anda juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. 

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Mentol terbuang kitar semula
Sungguh besar sumbangan anda dalam kesejahteraan hidup dan terutamanya untuk generasi masa hadapan. Semoga ianya kekal menjadi amalan dan seterusnya menjadi budaya dalam kehidupan kita, kini dan selamanya.

Selain pengumpulan dan penjualan ke pusat kitar semula, barang terbuang ini juga boleh anda jadikan pelbagai barangan kegunaan lain yang menarik serta berlainan dari fungsi asalnya.

Inilah keistimewaan idea kreatif. Ia bukan sahaja menjadi sebahagian dari amalan kitar semula tetapi juga dapat menjimatkan wang anda dari membeli sesuatu yang baru tapi sama sahaja kegunaannya. 

Cara Kreatif Guna Barang Terbuang

Berikut diperlihatkan beberapa cara kreatif kitar semula barang buangan yang dapat anda jadikan ilham atau idea untuk digunakan semula. Mungkin anda mampu pula menjadikan ia kepada sesuatu yang lebih menarik. Bukan sahaja menjimatkan, malah boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan hasil dari kreativiti kitar semula barang terbuang ini.
Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Kreatif bukan! Bukan sahaja menarik malah sungguh unik. 
Carilah seluar jean buruk anda dan lakukan kreativiti kitar semula ini.

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Jangan buang sudu buruk anda kerana ia juga berguna. 
Cantik dan menarik sekali akan idea kreatif kitar semula ini!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Susah sangat nak membelek buku resepi sambil memasak. Ha! kini
ada jalan penyelesaian. Penggantung baju pun boleh! Jangan buang ye...

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Pasti ramai yang berminat dengan jam unik ini. Basikal anak anda sudah
buruk dan tidak boleh digunakan lagi? Apa lagi... kitar semula! 
Anda boleh ambil rinya dan buat seperti ini. Kini ia anggun bergaya didinding rumah anda!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Kayu pallet atau kotak kayu limau CNY anda juga berguna. Cara amat kreatif kitar semula. 
Mesti tidak lekang pujian terhadap kreativiti anda ini!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang 
Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang 
Antara hiasan taman kitar semula anda dengan menggunakan tayar terbuang.
Sungguh cantik dan menyerlah!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang TerbuangCara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Lampu hiasan di syiling rumah yang sungguh unik dan bergaya, hanya kitar semula 
menggunakan bahan terpakai dan terbuang. 

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Ini pula lampu tidur yang sungguh menarik.Ianya hanya perlukan
sedikit idea kreatif untuk menggubah ukiran kegemaran anda!

Barang Terbuang Juga Bernilai

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat diproses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.

Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula... fikir dulu sebelum buang!

Thursday 6 March 2014

Udara Bersih, Bumi Sihat !


1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
 

2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar. 



3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.


4) Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran. 

 
5) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang. 





6) Menggunakan pengangkutan awam
Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara. 


7) Tanam lebih banyak pokok 
Usaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.


8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara. 



Sumber

How Hybrid Cars Help The Environment

To some it may seem like an odd dichotomy that a hybrid car with two energy sources could actually be better for the environment than traditional cars with only one. However, that is exactly the belief that hybrid experts support – the idea that hybrid cars are better for the environment than traditional cars.
But what are hybrids and why exactly do supporters believe they are better for planet earth than their gas run counterparts?
According to NewCarPark.com, hybrid cars use two types of power sources – traditional gasoline engines and an alternative fuel source such as electric or hydrogen-run motors. This allows the second energy source to kick in, thus reducing their gas usage, which also results in three important benefits.
  • Better gas mileage  A hybrid car gets 5 miles per gallon better mileage on average than a traditional gasoline-powered vehicle. And, because hybrid cars run in part on alternative fuel sources, they do not need to be filled up with gasoline as frequently, cutting overall gasoline consumption and cost.
  • Fewer emissions – When gasoline is burned to produce energy for vehicles, carbon monoxide is created and released into the environment. However, with hybrid cars, much less of this dangerous substance is released into the atmosphere, thus reducing emissions and air pollution.
  • Decreased fuel demand – As hybrid cards become more mainstream, the demand for fuel could decrease, potentially leading to less drilling and lessening the risk for negative impacts on the environment.

10 Ways to Go Green and Save Green

·         Save energy to save money.
·         Install compact fluorescent light bulbs (CFLs) when your older incandescent bulbs burn out.
·         Set your thermostat a few degrees lower in the winter and a few degrees higher in the summer to save on heating and cooling costs.
·         Unplug appliances when you're not using them. Or, use a "smart" power strip that senses when appliances are off and cuts "phantom" or "vampire" energy use.
·         Wash clothes in cold water whenever possible. As much as 85 percent of the energy used to machine-wash clothes goes to heating the water.
·         Use a drying rack or clothesline to save the energy otherwise used during machine drying.


·         Save water to save money.
·         Take shorter showers to reduce water use. This will lower your water and heating bills too.
·         Install a low-flow showerhead. They don't cost much, and the water and energy savings can quickly pay back your investment.
·         Make sure you have a faucet aerator on each faucet. These inexpensive appliances conserve heat and water, while keeping water pressure high.
·         Plant drought-tolerant native plants in your garden. Many plants need minimal watering. Find out which occur naturally in your area.


·         Less gas = more money (and better health!).
·         Walk or bike to work. This saves on gas and parking costs while improving your cardiovascular health and reducing your risk of obesity.
·         Consider telecommuting if you live far from your work. Or move closer. Even if this means paying more rent, it could save you money in the long term.
·         Lobby your local government to increase spending on sidewalks and bike lanes. With little cost, these improvements can pay huge dividends in bettering your health and reducing traffic.




·         Skip the bottled water.
·         Use a water filter to purify tap water instead of buying bottled water. Not only is bottled water expensive, but it generates large amounts of container waste.
·         Bring a reusable water bottle, preferably aluminum rather than plastic, with you when traveling or at work.
·         Check out this short article for the latest on bottled water trends.

·         Think before you buy.
·         Go online to find new or gently used secondhand products. Whether you've just moved or are looking to redecorate, consider a service like to track down furniture, appliances, and other items cheaply or for free.
·         Check out garage sales, thrift stores, and consignment shops for clothing and other everyday items.
·         Watch a video about what happens when you buy thing. Your purchases have a real impact, for better or worse.
·         Borrow instead of buying.
·         B. This saves money, not to mention the ink and paper that goes into printing new books.
·         Share power tools and other appliances. Get to know your neighbors while cutting down on the number of things cluttering your closet or garage.


·         Buy smart.
·         Buy in bulk. Purchasing food from bulk bins can save money and packaging.
·         Wear clothes that don't need to be dry-cleaned. This saves money and cuts down on toxic chemical use.
·         Invest in high-quality, long-lasting products. You might pay more now, but you'll be happy when you don't have to replace items as frequently (and this means less waste!).
·         Keep electronics out of the trash.
·         Keep your cell phones, computers, and other electronics as long as possible.
·         Donate or recycle them responsibly when the time comes. E-waste contains mercury and other toxics and is a growing environmental problem.
·         Recycle your cell phone.
·         Ask your local government to set up an electronics recycling and hazardous waste collection event.
·         Make your own cleaning supplies.
·         The big secret: you can make very effective, non-toxic cleaning products whenever you need them. All you need are a few simple ingredients like baking soda, vinegar, lemon, and soap.

·         Making your own cleaning products saves money, time, and packaging-not to mention your indoor air quality.

Tuesday 4 March 2014

kempen go green





Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang.
Mahukah anda memandang selonggok sampah yang terisi di dalam beg plastik dibuang merata dan berada di situ selama puluhan tahun? Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar dengan bahan kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!